Home » Peperiksaan SPA » Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41

PANDUAN PEPERIKSAAN PTD

1. Pada hari peperiksaan calon perlu membawa:

  • Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.
  • Kad Pengenalan
  • Alat tulis; pensel 2B, pen, pembaris, pemadam dan peralatan lain yang difikirkan perlu

2. Calon perlu mematuhi arahan Ketua Pengawas.
3. Calon perlu berada di tempat duduk lima belas (15) minit sebelum peperiksaan dimulakan.
4. Calon dilarang berkomunikasi dengan calon-calon lain. Sila angkat tangan jikaada masalah atau pertanyaan.
5. Calon hanya boleh meninggalkan pusat peperiksaan tiga puluh (30) minit selepas peperiksaan dimulakan
6. Jawapan hendaklah dibuat dalam:

  • Kertas OMR – bagi Seksyen A dan B
  • Kertas tulis – bagi Seksyen C dan D

7. Nombor Kad Pengenalan dan Angka Giliran pada kertas jawapan hendaklah sama seperti dalam Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.
8. Rujukan kepada mana-mana bahan adalah tidak dibenarkan.
9. Calon mesti berpakaian kemas, sopan, dan tidak menjolok mata.
10. Penggunaan mesin kira adalah tidak dibenarkan.

Dapatkan » Panduan & Contoh Soalan Peperiksaan PTD 2014

SUKATAN PEPERIKSAAN

1. Ujian ini mengandungi dua seksyen iaitu:

  • Seksyen A – Pengetahuan Am
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
  • Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

 

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PTD – SEKSYEN A

PENGETAHUAN AM

Masa : 45 Minit
Bilangan Soalan : 50
Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/ kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan.

Contoh Soalan:

1. Berikut ialah Bidang-Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, kecuali

A menangani kos sara hidup.
B mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan.
C memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman.
D meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.
Jawapan: B

2. Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) merupakan bantuan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada

I kanak-kanak.
II balu askar dan polis.
III orang kelainan upaya.
IV mangsa bencana alam.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Jawapan: A

Dapatkan » Panduan & Contoh Soalan Peperiksaan PTD 2014

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PTD – SEKSYEN B

DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa : 45 Minit
Bilangan Soalan : 40
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan
item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta
kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

1. Rajah yang diwakili oleh Z ialah

Rajah yang diwakili oleh Z ialah

Jawapan: D

2. Apakah nilai paling sesuai bagi X?

Apakah nilai paling sesuai bagi X

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan
pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut
untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:
1. Carta Bar berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac.

bilangan pelancong

Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40%
manakala bilangan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan
sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan
pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

A 20 orang
B 40 orang
C 60 orang
D 80 orang
Jawapan: B

Teknik menjawab:
Pelancong luar negara = 40/100 x 400
= 160
= 400 – 160
= 240
Pelancong tempatan = 1/3 x 600
= 200
Beza pelancong Bulan April = 240 – 200 = 40

2. Rajah di bawah menunjukkan bilangan telefon bimbit yang dijual pada tahun 2010 dan 2011. Sebanyak 290 telefon bimbit telah dijual dari tahun 2010 hingga2013 dengan nisbah pada tahun 2012:2013 adalah 3:4.

telefon bimbit

Bilangan telefon bimbit yang dijual dalam tahun 2012 ialah?

A 30
B 60
C 80
D 140
Jawapan: B

Teknik menjawab:
Jumlah kamera digital yang dijual = 290 buah
Jumlah kamera digital pada tahun 2010/2011 = 150 buah
Jumlah kamera digital pada tahun 2012/2013 = 290 – 150
= 140 buah
Oleh yg demikian,
3:4 = 140 buah
1 buah = 140/7 = 20
dan 3 buah = 3 x 20 = 60 buah
Oleh itu jualan telefon bimbit pada tahun 2012 ialah sebanyak 60 buah.

iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri.
Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik diperingkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka
menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan
yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran
Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

Contoh Soalan:
1. Petak A dan C berbentuk segi empat sama dan keluasan petak C adalah 1/4
daripada keluasan petak A.

Petak

Sekiranya lebar petak B adalah 7 meter, hitung keluasan petak B.
A 105m²
B 125m²
C 230m²
D 245m²
Jawapan: A

Teknik menjawab:
Petak C = 1/4 daripada keluasan bilik A
Petak C = 1/4 * (10 * 10)
=25 m²
Panjang Petak B = panjang petak A + panjang petak C
= 10 + 5
= 15 m
Luas petak B = 15 * 7
= 105 m²

 

2. Setiap bulan, Daud membelanjakan 20% daripada gajinya bagi membayar bil
utiliti berjumlah RM100. Sekiranya gaji beliau dinaikkan sebanyak 50%,
berapakah jumlah yang perlu dibayar bagi bil utilitinya?

A RM100
B RM150
C RM200
D RM250
Jawapan: B

Teknik Menjawab :
20% – RM100
100% – 100/20 x RM100 = RM500
50% kenaikan gaji = RM750
Bil utiliti = 20% x RM750 = RM150

Dapatkan » Panduan & Contoh Soalan Peperiksaan PTD 2014

SEKSYEN C – ESEI BAHASA MELAYU

Masa: 1 jam
Bilangan Soalan: Tiga (3) soalan pilih satu (1)
Panjang esei: Bilangan perkataan tidak dihadkan

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki memberikan pandangan tentang sesuatu isu. Contohnya: “Langkah-langkah menangani masalah kesesakan lalu lintas di KualaLumpur.”

Penilaian adalah berdasarkan idea dan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti calon dalam penguasaan Bahasa Melayu.

 

SEKSYEN D – ESEI BAHASA INGGERIS

Masa: 1 jam
Bilangan Soalan: Tiga (3) soalan pilih satu (1)
Panjang esei: Bilangan perkataan tidak dihadkan

Dalam seksyen ini calon, dikehendaki memberikan pandangan tentang sesuatu isu. Contohnya: “Electronic Government in Malaysia.”

Penilaian adalah berdasarkan idea dan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

Dapatkan » Panduan & Contoh Soalan Peperiksaan PTD 2014

PANDUAN MENJAWAB SOALAN

Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam peperiksaan ini.

Soalan Objektif
(Soalan-soalan di dalam Seksyen A dan B)

  1. Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian, terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab, calon dinasihatkan agar tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan berikutnya. Apabila masa mengizinkan, kembali kepada soalan tersebut.
  2. Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan di mana empat (4) opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih satu (1) jawapan sahaja.
  3. Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Jika alat tulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat pengiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.

Soalan Esei
(Soalan-soalan di dalam Seksyen C dan D)

  1. Soalan-soalan esei terdapat di dalam dua (2) seksyen iaitu Seksyen C (Esei Bahasa Melayu) dan Seksyen D (Esei Bahasa Inggeris). Bagi setiap seksyen, calon perlu memilih satu (1) daripada tiga (3) soalan yang dikemukakan.
  2. Masa yang diperuntukkan adalah 1 jam bagi menjawab setiap esei. Bilangan perkataan bagi penulisan Esei Bahasa Melayu dan Esei Bahasa Inggeris adalah tidak dihadkan. Calon diberi masa panjang adalah untuk menggalakkan penulisan esei yang bernas, teratur, teknik persembahan serta susunan perkataan yang terbaik. Tulisan perlu kemas dan calon digalakkan menggunakan gaya bahasa yang bervariasi, di samping penggunaan kosa kata yang luas dan tepat. Calon-calon juga seharusnya dapat mengemukakan ideaidea dengan jelas dan matang serta disertakan contoh yang tepat dan sesuai. Oleh yang demikian, calon dinasihatkan untuk menggunakan sekurangkurangnya sepuluh (10) minit untuk merancang, membuat rangka jawapan dan sebagainya sebelum menulis esei.

PENUTUP

Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temuduga. Hal ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 adalah lebih baik.

‘Selamat Maju Jaya’

Sumber : SPA

Dapatkan » Panduan & Contoh Soalan Peperiksaan PTD 2014

Comments

  1. myrujukan says:

    siapa yang dapat panggilan kena cepat dapatkan panduan nih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge

error: Jangan Copy