Home » Peperiksaan SPA » Contoh Soalan Peperiksaan PTD

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PTD

Menurut pada jadual peperiksaan yang dikeluarkan oleh pihak SPA, tarikh peperiksaan online bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 pada 1 November 2014 (Sabtu) ini. Anda boleh menyemak maklumat peperiksaan melalui pautan berikut :http://e-semakan.spa.gov.my/online/. Jika anda salah seorang daripada calon yang mencari panduan peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 ini, dibawah ini adalah contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 yang dipetik daripada Panduan Peperiksaan Bagi Jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 yang dikeluarkan oleh pihak SPA pada tahun 2013.

Dapatkan » Panduan & Contoh Soalan Peperiksaan PTD 2016

SUKATAN PEPERIKSAAN PTD

1. Ujian ini mengandungi dua seksyen iaitu:

i) Seksyen A – Pengetahuan Am
ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
iii) Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
iv) Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

 

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PTD – SEKSYEN A

PENGETAHUAN AM

Masa : 45 Minit
Bilangan Soalan : 50
Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/ kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan.

Contoh Soalan:

1. Berikut ialah Bidang-Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh
Perdana Menteri Malaysia, kecuali

A menangani kos sara hidup.
B mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan.
C memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman.
D meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.
Jawapan: B

2. Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) merupakan bantuan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada

I kanak-kanak.
II balu askar dan polis.
III orang kelainan upaya.
IV mangsa bencana alam.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Jawapan: A

 

Dapatkan » Panduan & Contoh Soalan Peperiksaan PTD 2016

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PTD – SEKSYEN B

DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa : 45 Minit
Bilangan Soalan : 40

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

1. Rajah yang diwakili oleh Z ialah

contoh-soalan-ptd-1
Jawapan: D

2. Apakah nilai paling sesuai bagi X

contoh-soalan-ptd-2

A 42
B 43
C 44
D 46
Jawapan: A

Teknik menjawab:
94 / 2 = 47
180 / 4 = 45
126 / 3 = X
X = 42

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

1. Carta Bar berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac.

contoh-soalan-ptd-3

Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

A 20 orang
B 40 orang
C 60 orang
D 80 orang
Jawapan: B

Teknik menjawab:
Pelancong luar negara = 40/100 x 400
= 160
= 400 – 160
= 240
Pelancong tempatan = 1/3 x 600 = 200
Beza pelancong Bulan April = 240 – 200 = 40

2. Rajah di bawah menunjukkan bilangan telefon bimbit yang dijual pada tahun 2010 dan 2011. Sebanyak 290 telefon bimbit telah dijual dari tahun 2010 hingga 2013 dengan nisbah pada tahun 2012:2013 adalah 3:4.

contoh-soalan-ptd-4

Bilangan telefon bimbit yang dijual dalam tahun 2012 ialah

A 30
B 60
C 80
D 140
Jawapan: B

Teknik menjawab:
Jumlah kamera digital yang dijual = 290 buah
Jumlah kamera digital pada tahun 2010/2011 = 150 buah
Jumlah kamera digital pada tahun 2012/2013 = 290 – 150 = 140 buah

Oleh yg demikian,
3:4 = 140 buah
1 buah = 140/7 = 20
dan 3 buah = 3 x 20 = 60 buah
Oleh itu jualan telefon bimbit pada tahun 2012 ialah sebanyak 60 buah.

iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka
menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

Contoh Soalan:

1. Petak A dan C berbentuk segi empat sama dan keluasan petak C adalah 1/4 daripada keluasan petak A.

contoh-soalan-ptd-5

Sekiranya lebar petak B adalah 7 meter, hitung keluasan petak B.

A 105m2
B 125m2
C 230m2
D 245m2
Jawapan: A

Teknik menjawab:
Petak C = 1/4 daripada keluasan bilik A
Petak C = 1/4 * (10 * 10)
=25 m2
Panjang Petak B = panjang petak A + panjang petak C
= 10 + 5
= 15 m
Luas petak B = 15 * 7
= 105 m2

2. Setiap bulan, Daud membelanjakan 20% daripada gajinya bagi membayar bil utiliti berjumlah RM100. Sekiranya gaji beliau dinaikkan sebanyak 50%, berapakah jumlah yang perlu dibayar bagi bil utilitinya?

A RM100
B RM150
C RM200
D RM250
Jawapan: B

Teknik Menjawab :
20% – RM100
100% – 100/20 x RM100 = RM500
50% kenaikan gaji = RM750
Bil utiliti = 20% x RM750 = RM150

 

Dapatkan » Panduan & Contoh Soalan Peperiksaan PTD 2016

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PTD – SEKSYEN C

ESEI BAHASA MELAYU

Masa: 1 jam
Bilangan Soalan: Tiga (3) soalan pilih satu (1)
Panjang esei: Bilangan perkataan tidak dihadkan

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki memberikan pandangan tentang sesuatu isu.
Contohnya: “Langkah-langkah menangani masalah kesesakan lalu lintas di KualaLumpur.”

Penilaian adalah berdasarkan idea dan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti calon dalam penguasaan Bahasa Melayu.

 

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PTD – SEKSYEN D

ESEI BAHASA INGGERIS

Masa: 1 jam
Bilangan Soalan: Tiga (3) soalan pilih satu (1)
Panjang esei: Bilangan perkataan tidak dihadkan

Dalam seksyen ini calon, dikehendaki memberikan pandangan tentang sesuatu isu.
Contohnya: “Electronic Government in Malaysia.”

Penilaian adalah berdasarkan idea dan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

 

Dapatkan » Panduan & Contoh Soalan Peperiksaan PTD 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge

error: Jangan Copy