Home » Jawatan Kosong » Jawatan Kosong Di Institut Sukan Negara Malaysia (ISN)

Jawatan Kosong Di Institut Sukan Negara Malaysia (ISN)

Institut Sukan Negara Malaysia (ISN) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Belia Dan Sukan yang memberi perkhidmatan sains, perubatan dan teknologi sukan kepada bakat sukan daripada peringkat akar umbi sehingga melahirkan atlet bertaraf dunia melalui kaedah saintifik.

ISN dengan ini mempelawa pemohon – pemohon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan ini untuk mengisi kekosongan jawatan – jawatan berikut di dalam perkhidmatan Institut Sukan Negara Malaysia.

table_iklanjaw_nov_2013

i. Borang permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN UNTUK JAWATAN KOSONG yang telah disediakan.  Permohonan yang tidak menggunakan borang tersebut akan ditolak.
ii. Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan, LNPT atau Laporan Nilaian Prestasi  (jika ada) dan  Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan (jika ada)  hendaklah dikemukakan kepada:
Cawangan Sumber Manusia
Institut Sukan Negara
Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil
57000 Sri Petaling
Kuala Lumpur
CATATAN TAMBAHAN
a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
b)  Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh iklan jawatan ditutup hendaklah dianggap tidak berjaya.
c)  Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan temuduga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Institut Sukan Negara.
d)  Tarikh tutup permohonan adalah pada selewat-lewatnya 29 November 2013 (Jumaat). Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

BUTIRAN LANJUT & SYARAT – SYARAT JAWATAN
Butiran lanjut boleh dimuat turun dari laman web ISN di pautan:
http://www.isn.gov.my/one/download/iklanjawatankosongNOV2013.docx

BORANG PERMOHONAN
Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web ISN di pautan:
http://www.isn.gov.my/one/download/BorangKerjayaISN.pdf

 

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge

error: Jangan Copy