Home » Jawatan Kosong » Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Klang

Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Klang

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan
berumur 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk membuat permohonan jawatan berikut:
(Keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan)

 

1. SKIM PERKHIDMATAN : JURUUKUR BAHAN GRED J41
No. Fail 500 -1/3/1/27
TARAF : TETAP
KLASIFIKASI :PERKHID MATAN KEJURUTERAAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
JADUAL GAJI ( J41) : P1 (min) RM2360.00 – P1 (max) RM8743.00

SYARAT LANTIKAN

(a) Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(Gaji permulaan ialah pada gred J41 : P1 (min) RM2360.00)

(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam borang MPK(BP) Perjawatan Pindaan 6/2010 yang boleh diperolehi di Bahagian Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Klang dengan harga RM2.00 atau dengan melayari laman web MPK di www.mpklang.gov.my.

(b) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan gambar berukuran pasport, Salinan – salinan sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil persekolahan, kelulusan akademik yang berkaitan (sijil/diploma/ijazah), transkrip keputusan peperiksaan semua semester yang telah disahkan daripada salinan asal;

(c) Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing – masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ dan menyertakan bersama – sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan prestasi.

(d) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat – syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(e) Pemohon – pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah di hantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
BANGUNAN SULTAN ALAM SHAH
JALAN PERBANDARAN
41675 KLANG

PADA ATAU SEBELUM : 10hb. JANUARI, 2014

 

Lagi Jawatan Kosong Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge

error: Jangan Copy