Home » Panduan Temuduga » Panduan Menghadiri Temuduga

Panduan Menghadiri Temuduga

Panduan Menghadiri Temuduga

Apa yang perlu anda lakukan sebelum menghadiri temuduga?

Sebelum menghadiri temuduga anda perlulah membuat persediaan secukupnya. Antaranya ialah:

  1. Kenalpasti sebanyak mungkin berkenaan majikan.
  2. Selidik profile syarikat dan penel penemuduga.
  3. Latih soalan-soalan tersebut dengan jawapan-jawapan yang tepat dan munasabah.
  4. Jika anda mempunyai masa untuk melakukan latihan temuduga, lakukannya.
  5. Jika ada mempunyai peluang untuk dirakam, lakukannya.
  6. Jangan berlatih menghafal segala soalan yang disediakan di dalam buku secara bulat-bulat.
  7. Buat persediaan berhubung soalan-soalan yang berkemungkinan ditanya berhubung dengan jawatan yang dipohon.

Harus diingat, persediaan sebelum sesi temuduga sahaja belum mencukupi kerana anda perlu mewujudkan keserasian ketika sesi temuduga. Ini bertujuan memastikan sesi temuduga di antara calon dan panel temuduga berjalan lancar. Keserasian terjalin apabila calon dapat memenuhi kehendak panel temuduga manakala panel temuduga selesa berkomunikasi dengan calon.

Keserasian didefinisikan sebagai persefahaman dan hubungan baik di antara calon dan panel temuduga. Kegagalan mana-mana pihak untuk wujudkan keserasian sebaik sahaja sesi temuduga bermula akan menyebabkan seseorang calon itu gagal mendapatkan pekerjaan.Ini kerana kebiasaannya sesebuah syarikat hanya memerlukan lima minit pertama sahaja untuk mengenalpasti kesesuaian anda untuk diambil bekerja atau tidak.

Faktor-faktor yang dititikberatkan oleh majikan dan boleh disesuaikan dalam temuduga:

  1. Sikap positif terhadap pekerjaan.
  2. Cekap di dalam bidang pekerjaan yang dipilih.
  3. Kebolehan berkomunikasi secara tulisan dan percakapan.
  4. Kebolehan untuk berhubung dipelbagai peringkat dan jawatan.
  5. Yakin.
  6. Boleh bekerja secara berkumpulan.
  7. Fleksibel.
  8. Mempunyai motivasi diri yang tinggi.
  9. Berkeupayaan untuk memimpin.
  10. Kebolehan untuk berfikir secara kritikal dan mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul.

Dapatkan » Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Keterampilan Diri

Bagaimanakah keterampilan diri yang sesuai untuk menghadiri temuduga?

Cara berpakaian

Cara berpakaian dan jenis pakaian ketika menghadiri temuduga juga boleh menjadi penentu kejayaan anda dalam sesi temuduga. Oleh itu banyak yang telah diperkatakan dengan konsep “Berpakaian untuk kejayaan”.Di sini dinyatakan beberapa perkara berkaitan cara berpakaian.

i) Perkara yang tidak elok pada kedua-dua pihak iaitu calon dan panel penemuduga:

  • Tindik telinga atau badan yang mudah dilihat .
  • “Tatto” atau menanda badan secara kekal dan mudah dilihat.
  • Pemakaian pewangi secara berlebihan.

ii) Perkara yang tidak elok untuk lelaki:

  • Warna pakaian (Hitam, Merah dan Berwarna-warni)
  • Jenis pakaian (Jeans, t-shirt dll)
    • Jenis tali leher (warna tidak sepadan dengan warna pakaian)
  • Berambut panjang dan berekor
    • Mewarnakan rambut dengan warna-warna tertentu yang menyakitkan mata

iii) Perkara yang tidak elok untuk wanita:

  • Pakaian yang menjolok mata.
  • Pemakaian warna kain tudung yang tidak sesuai.
  • Warna pakaian yang garang / striking

 

Tips ketika masuk Bilik Temuduga

Cara-cara yang patut dipraktikkan adalah seperti berikut:

  • Bangun dan berdiri tegak, kemudian hulurkan tangan untuk berjabat salam bersama panel penemuduga.
  • Berjabat salam secara lembut tetapi tegas
  • Jangan sekali-kali berjabat salam secara longlai dan tidak bertenaga
  • Berikan senyuman ringkas yang menarik
  • Ucapkan Selamat Pagi, Gembira dapat bertemu tuan/puan dan akhiri dengan Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menjadi salah seorang calon temuduga syarikat tuan.

Dapatkan » Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Tips ketika temuduga berlangsung

Gunakan masa dengan cara yang bijak untuk memperkenalkan diri anda dan seterusnya mewujudkan keserasian.

Untuk tujuan ini, anda perlu pantas mencari topik-topik yang disukai oleh panel penemuduga.Caranya dengan perhatikan keadaan sekeliling bilik temuduga atau gaya panel penemuduga untuk mendapatkan sedikit panduan atau gambaran mengenai topik-topik yang disukai.

Bawa salinan “resume” ketika menghadiri sesi temuduga.

Anda dinasihatkan supaya membawa salinan resume untuk diberikan kepada panel penemuduga bagi memudahkan mereka. Sekiranya anda mempunyai portfolio kerjaya yang menerangkan secara terperinci tentang tanggungjawab anda di dalam sesuatu pekerjaan terkini atau terdahulu, sila bawa dan berikan kepada panel penemuduga.

Pastikan anda sentiasa bertentangan mata secara berhadapan dengan panel penemuduga di dalam setiap sesi temuduga.

Ini kerana mata tidak boleh menipu dan mata juga dapat menggambarkan keikhlasan dan kesungguhan anda. Oleh itu, sentiasa kekalkan pertentangan mata dengan panel yang memberi soalan dan pada masa yang sama sentiasa memerhatikan panel-panel yang lain. Jangan sekali-kali memperlekehkan panel-panel yang lain.

Jangan sesekali mengutarakan jawapan sambil tidak bertentang mata dengan panel penemuduga sebaliknya memerhatikan keadaan sekeliling. Jangan sesekali melihat ke bawah dan tidak mempedulikan soalan-soalan yang sedang ditanya oleh panel penemuduga.

Selain pertentangan mata ada beberapa perkara lain yang penting dilakukan oleh calon semasa sedang menghadiri sesi temuduga.

i) Ekspresi muka

  • Perlu berwajah tenang dan sedikit senyuman

ii) Ekspresi badan

  • Duduk dengan tegak
  • Duduk di bahagian hujung kerusi untuk menunjukkan keperihatinan anda untuk mendapatkan jawatan yang ditawarkan

Dapatkan » Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Cara Bercakap

Selain itu, untuk menunjukkan keyakinan sepanjang sesi temuduga itu anda perlulah melontarkan setiap patah perkataan anda atau jawapan dengan nada suara yang terang, yakin dan konsisten. Jangan cuba berdolak-dalik dan elakkan daripada terperangkap dengan jawapan yang dikemukakan.

Malah anda boleh meminta penjelasan terhadap soalan yang kurang difahami untuk memastikan jawapan yang bakal diberi bertepatan dengan soalan yang dikemukakan.

Namun ada beberapa soalan yang tidak patut anda tanya ketika menghadiri sesi temuduga. Antaranya ialah:

  1. Soalan yang berkaitan dengan sistem keselamatan syarikat.
  2. Soalan yang boleh menampakkan kelemahan calon atau panel penemuduga.
  3. Soalan yang berbentuk politik dan konfrantasi.
  4. Soalan yang menunjukkan bahawa anda gagal mendengar soalan yang dikemukakan dengan baik.
  5. Jangan sekali-kali membuat pertanyaan berhubung umur, status perkahwinan, anak-anak dan sebagainya.

Adakalanya panel penemuduga sengaja mengutarakan soalan yang tidak sepatutnya ditanya kepada anda. Oleh itu, anda harus tahu cara menangani soalan-soalan seperti itu.

Anda boleh secara terang mengatakan bahawa soalan tersebut tidak sepatutnya diutarakan. Walau bagaimanapun, cara anda menjawab soalan tersebut hendaklah menggunakan cara yang terbaik dan berkesan.

 

Soalan Sering Ditanya

Apakah soalan yang sering ditanya oleh panel penemuduga?

Pada kebiasaannya dalam satu sesi temuduga, soalan wajib yang hampir pasti ditanya ialah “Apakah yang anda tahu tentang syarikat ini?” Malah sekiranya tidak ditanya soalan tersebut, anda seharusnya memberitahu panel temuduga tentang pengetahuan anda terhadap syarikat tersebut.

Ada beberapa cara untuk anda menyelidik atau mendapatkan maklumat sesebuah syarikat. Antaranya:

  • Melalui laporan tahunan syarikat
  • Melalui rakan atau kenalan yang bekerja di syarikat tersebut
  • Melalui pelanggan dan pembekal yang berurusan dengan syarikat
  • Melalui perpustakaan: cetakan dan kemudahan internet

Cara terbaik untuk mempamerkan atau menunjukkan keinginan anda terhadap jawatan yang dipohon semasa ditemuduga ialah mesra dan sentiasa tersenyum. Bagi mempamerkan keyakinan anda semasa ditemuduga ialah tegas dan suara yang jelas ketika menjawab soalan yang diberikan

Apakah yang anda patut lakukan jika diminta memperkenalkan diri anda?

Jangan cerita mengenai diri/kehidupan anda. Berikan ringkasan mengenai latarbelakang pendidikan, pengalaman di dalam pekerjaan yang lalu adalah lebih membantu permohonan pekerjaan anda.

Dapatkan » Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Jika anda ditanya mengenai kekuatan atau kelebihan anda?

Beritahu mengenai kelebihan yang ada pada diri anda dan bagaimana ia boleh membantu di dalam pekerjaan yang anda pohon.

Berikan jawapan negatif yang tiada kesinambungan dan kaitkan dengan pekerjaan anda itu:

“Saya bukan pengeja yang bagus, jadi saya selalu bawa kamus bersama saya”. Yakinkan penemuduga bahawa tiada kelemahan yang tak boleh anda atasi sekiranya anda diberi jawatan tersebut. Beritahu juga, sekiranya terdapat kekurang/kelemahan anda akan menanganinya dan belajar dari pengalaman itu.

Jika ditanya apakah jawatan anda di dalam syarikat ini dalam jangkamasa 5 tahun lagi (10-15 tahun)? Apakah yang anda ingin lakukan dengan kehidupan anda?

Seimbangkan jawapan pada soalan sebegini dengan terangkan keikhlasan, cita-cita dan keinginan anda untuk bekerja dengan syarikat ini. Elakkan dari bercakap keinginan anda untuk membuka perniagaan sendiri, mengadakan kongres dan sebagainya. Tidak perlu menceritakan perihal kehidupan personal anda samada berkahwin atau bujang tetapi lebih tekankan kepada impian dan matlamat anda untuk berjaya dengan syarikat itu.

Jawapan yang sepatutnya adalah: Ingin saya tekankan bahawa saya adalah calon terbaik untuk jawatan ini. Sekiranya anda mendapati bahawa saya layak untuk dipertimbangkan untuk jawatan lebih tinggi di masa hadapan, saya tidak mampu menolak tawaran tersebut.

Jika ditanya, pernahkah anda menghadapi apa-apa konflik bersama majikan terdahulu atau pensyarah anda?

Jangan termasuk di dalam perangkap ini. Terangkan secara jelas bahawa anda tidak pernah menghadapi konflik tersebut, dan sekiranya anda pernah menghadapinya, terangkan dengan cara paling positif.

Bagi soalan mengapa perlu syarikat ini mengambil anda bekerja?

Terangkan tentang sumbangan yang boleh anda beri kepada syarikat di samping kualiti-kualiti kerja lain yang boleh anda lakukan.

Bagaimanakah anda terangkan tentang jawatan yang bersesuaian dengan anda?

Pastikan bahawa jawatan yang sedang anda pohon adalah amat bersesuaian dan itulah yang menyebabkan anda menghadiri temuduga tersebut.

Adakah anda sanggup bekerja bersama dengan mereka yang berada di bidang teknologi maklumat?

Pastikan anda sentiasa bersedia bekerja dengan mereka, kerana teknologi maklumat adalah dianggap berperanan penting di dalam setiap syarikat dan ianya mempunyai hubung kait rapat dengan hala tuju prestasi syarikat.

Apakah kualiti yang seharusnya ada pada seseorang pengurus berjaya?

Jawapan anda seharusnya terbahagi kepada dua iaitu:
1) Bagaimanakah anda menyesuaikan diri dengan pengurusan dan operasi syarikat
2) Bagaimanakah anda mentadbir syarikat atau unit/ bahagian sekiranya anda ditugaskan.

Bagaimanakah status pendidikan anda dapat membantu kerjaya anda di dalam sesebuah syarikat?

Terangkan bagaimana kelayakan yang anda miliki amat berkhususan dengan jawatan yang dipohon dan sekiranya perlu sila juga terangkan tentang contoh-contoh pengkhususan yang telah anda lakukan.

Sumber: JobsMalaysia

 

Panduan Yang  Disyorkan

panduan temuduga kerajaan

Dapatkan » Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Comments

  1. Semoga panduan ini sedikit sebanyak membantu anda menghadapi temuduga.

  2. Oh Kerjaya says:

    Oh! Begitu…

    Terima kasih kerana sudi berkongsi 🙂
    Oh Kerjaya recently posted…Oh! Jenis Temuduga Yang Perlu Anda TahuMy Profile

  3. Azri says:

    Terima kasih, pandun ini sangat membantu.
    Azri recently posted…Rahsia Disebalik Cara Berpakaian Semasa Interview KerjaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge

error: Jangan Copy