Home » Peperiksaan SPA » Contoh Soalan Penolong Penguasa Kastam Gred W27

Contoh Soalan Penolong Penguasa Kastam Gred W27

Jika anda salah seorang calon Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27 yang akan diadakan pada 5 Ogos 2014 ini. Kami sarankan kepada anda untuk mendapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Penolong Penguasa Kastam W27 yang di terbitkan oleh Infokerjaya Resources.

Ini adalah beberapa contoh soalan yang terdapat dalam Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Penolong Penguasa Kastam W27

 

Seksyen A: 60 Contoh Soalan & Jawapan
Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Hanya contoh sahaja.

Dapatkan Contoh Soalan yang lengkap dalam Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Penolong Penguasa Kastam W27  disini => Klik Sini

 

1. Jabatan Kastam Diraja Malaysia adalah sebuah badan kerajaan yang diletakkan di bawah;

A. Jabatan Perdana Menteri
B. Kementerian Kewangan
C. Kementerian Dalam Negeri
D. Perbendaharaan Negara

 

2. Sebuah Akademi yang dinamakan ____________ ditubuhkan berfungsi sebagai institusi latihan yang melatih wargakerja KDRM mengenai tugas dan ilmu perkastaman. Ianya di peraku oleh World Customs Organization (WCO) sebagai ‘training arm’ di rantau Asia Pasifik

A. KDRMForce
B. AKMAL
C. BAKISKA
D. ForceMY

 

3. Op-Outlet adalah kerjasama KDRM bersama KPDNKK beroperasi sejak tahun 2010. KDRM menghantar pasukan operasi yang dinamakan;

A. Multees
B. PenguasaPDNKK
C. Aimdash Team
D. Strike Team

 

4. Penubuhan Pustaka Perkhidmatan Awam pada tahun 1995 adalah

A. Didorong oleh perkembangan pesat sektor perkhidmatan awam di negara ini yang berperanan besar dalam menggerakkan pembangunan negara ke arah kejayaan yang gemilang
B. Perkembangan pesat sektor ini telah melahirkan kesedaran tentang perlunya ditubuhkan satu pustaka bagi mengumpul dan mendapatkan segala bentuk maklumat terdiri daripada bahan dokumen, objek dan terbitan yang bersangkutan dengan perkhidmatan awam untuk makluman, rujukan dan kajian
C. Penubuhan pustaka ini sebagai satu pusat yang mempamerkan segala memorabilia yang bersangkutan dengan perkhidmatan awam adalah sebagai satu daya usaha murni ke arah menerapkan rasa keinsafan dan penghargaan di kalangan rakyat atas jasa dan sumbangan besar sektor perkhidmatan awam terhadap negara.
D. Pameran di sini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Pentadbiran Awal Kerajaan, Pentadbiran British Malaya, Pentadbiran Selepas Merdeka dan Pembaharuan Dalam Perkhidmatan Awam

 

5. Rekod merujuk kepada

I. Bahan dalam bentuk bertulis atau bentuk lain yang menyatakan fakta atau peristiwa atau selainnya merakamkan maklumat.
II. Termasuklah kertas, dokumen, daftar, bahan bercetak, buku dan peta.
III. Pelan, lukisan, gambar foto, mikro filem, filem sinematograf dan rakaman bunyi.
IV. Rekod yang dihasilkan secara elektronik tanpa mengira bentuk atau ciri-ciri fizikal atau apa-apa salinannya.

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

 

Dapatkan Contoh Soalan yang lengkap dalam Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Penolong Penguasa Kastam W27  disini => Klik Sini

 

Seksyen B: 40 Contoh Soalan & Jawapan
Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Hanya contoh sahaja

 

1. Untuk menyaksikan suatu pertunjukkan sarkas di ibu negara, jumlah bayaran yang perlu dibayar bagi 5 orang dewasa dan 4 orang kanak-kanak ialah RM 160, manakala bayaran bagi seorang kanak-kanak ialah RM 15. Jumlah bayaran bagi seorang dewasa dan seorang kanak-kanak ialah
A 30
B 45
C 35
D 50

 

2. Pecutan sebiji bola yang dilepaskan daripada keadaan rehat ialah 9.8 ms-1 sesaat. Pertambahan laju batu itu, dalam ms-1 selepas 2.1 saat dilepaskan ialah
A 20.58
B 26.46
C 21.32
D 27.9

 

3. John memandu keretanya dengan kelajuan 110 km/jam. Kirakan anggaran masa yang digunakan John untuk bergerak 380 km.
A 3 jam 45 minit
B 3 jam 27 minit
C 3 jam 20 minit
D 3 jam 14 minit

 

4. Sebuah set meja makan dijual dengan harga RM 1940 selepas diskaun 20% diberi. Apakah harga asal set meja makan itu?
A RM 2540
B RM 2350
C RM 2425
D RM 2285

 

5. Bilangan telur ayam dalam sebuah reban ternakan ayam ditambah daripada 700 biji kepada 1330 biji. Berapakah peratus tambahan telur ayam itu?
A 90.3%
B 90%
C 91%
D 91.5%

 

Dapatkan Contoh Soalan yang lengkap dalam Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Penolong Penguasa Kastam W27  disini => Klik Sini

Seksyen C: 50 Contoh Soalan & Jawapan
Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Hanya contoh sahaja

 

1. Saya berharap agar majikan memuji saya jika saya rajin bekerja.

A. Setuju

B. Tidak setuju

 

2. Perubahan tingkah laku seseorang disebabkan oleh perkara tersirat yang saya dapat fahami.

A. Ya

B. Tidak

 

3. Saya memerhati dan memahami kelakuan individu apabila saya tidak berpuas hati dengan kerja seseorang.

A. Ya

B. Tidak

 

4. Walaupun orang yang tidak dikenali, saya mudah mesra dengan mereka.

A. Ya

B. Tidak

 

5. Walaupun ada masa lapang, adalah kurang wajar menghabiskan tugas lebih awal.

A. Setuju

B. Tidak setuju

 

Dapatkan Contoh Soalan yang lengkap dalam Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Penolong Penguasa Kastam W27  disini => Klik Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge

error: Jangan Copy